Good Evening Kuala Lumpurrrrrghhhhhh!!!!!!!!!
Or should I say, good evening Malaysiaaaaaaaaa!!!!!!
Apa khabar semua – baaaekkkkkkkk!!!!
Goood, alright, the first song…is called – karl solo ~
Ingat lagi lagu ni? Adakah anda semua seperti saya sebelum ni, memainkan lagu Metallurgical (Live Version) yang terdapat dalam album ini;

Dan setiap kali lagu ini dimainkan, anda akan terfikir-fikir, bila la agaknya boleh tengok lagi Cromok, live, dengan harapan Cromok akan reunion kembali, di mana Sam with his growl yang berhantu dan petikan bass yang padat, ketukan drum padu maut dan hentakan double pedal Miji seperti intro lagu Journey dan solo-solo syahdu lagi beracun Karl yang sampai sekarang masih segar untuk didengar.
Cromok adalah gergasi metal di Malaysia, ditubuhkan seawal tahun 1986, ketika ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer) menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Album pertama Cromok, Image of Purity, direlease pada tahun 1992, oleh Valentine Sound Production. Tidak dapat dinafikan, pengaruh Cromok amatlah besar kepada industri metal di tanahair, walaupun terpaksa melawan arus muzik mainstream pada waktu itu, siapa tak kenal Cromok, dan walaupun Cromok memainkan muzik Thrash Metal, terdapat juga fans yang tidak meminati muzik metal namun amat meminati Cromok.
Ini kerana muzik yang dimainkan oleh Cromok adalah unik kerana memasukkan element nusantara dalam muziknya, muzik Cromok lebih sesuai didefinasikan sebagai melodic thrash metal, namun aku pernah terbaca dalam satu artikel, Sam dengan humble menyatakan muzik yang mereka mainkan adalah metal, terpulang kepada peminat untuk mendefinasikannya sendiri.
Setelah sedekad lebih, kini Cromok kembali!
Yahh…kembali bersama performing untuk concert Cromok Reunion : Thrashing Kuala Lumpur yang berlangsung pada hari ini, 8 April 2012, di KL LIVE, Jalan Sultan Ismail.

Ianya adalah amat emosional, dan sangat-sangat dinantikan oleh semua peminat Cromok, dikhabarkan ramai peminat dari Sabah/Sarawak sanggup datang, hanya untuk menyaksikan Cromok beraksi, kerana, mungkin ini adalah peluang terakhir dapat kita saksikannya, namun hint dari Sam, jikalau sambutannya amat menggalakkan, mungkin akan ada lagi concert seperti ini.
Sebagai seorang poyograper terkenal, aku sangat-sangat berharap dapat merakamkan concert ini dan share kesemua gambar-gambar di fanpage dan juga website, namun, menurut organizer, photography strictly not allowed!
Frustrated, aku mengambil inisiatif untuk merakamkan gambar ketika reherseal, jamming terakhir sebelum concert, pada Khamis, malam Jumaat lepas, 5 April 2012. Untuk pengetahuan, Sam ataupun abang Sham adalah rakan merangkap boss saya, dari zaman bekerja di VADS lagi, pada tahun 2008 sampai sekarang. Amatlah mengujakan apabila idola metal anda adalah boss anda, haha. Abang Sham or Sam, adalah low profile, funny as hell, suka menyakat, membahan anda sampai terduduk dan takleh duduk!!!!hahaahaha!!


Ketika jamming, saya dan Adam Ra’uf amat teruja sekali, terutama si Adam yang sampai balik rumah masih teruja dan terngiang-ngiang di telinga, dengan aksi Cromok yang mantap dan sememangnya legend!
Lagu-lagu seperti Journey, La Crosse, Metallurgical , Little One dan macam-macam dimainkan, turut bersama Cromok pada malam itu adalah gitarist Ahamad Shah Ziri Mohamed, bekas gitarist Nrocinu yang juga bekas gitarist untuk Humilation, old school death metal band dari Malaysia. Beliau akan beraksi pada hari ini, sebagai rhythm guitarist, dan dapat disaksi sendiri, beliau adalah gitarist yang hebat dan amat berbakat, insyaALLAH dapat mengisi slot kosong yang ditinggalkan oleh arwah Din setelah sekian lama.

Tidak dapat dinafikan, aku sangat-sangat enjoy, dapat mendengar secara live in person mereka bermain, terutama sekali solo-solo dari Karl, head banging toksah dok kata, sambil-sambil snap the head still banging!!!Saya amat meminati lagu La Crosse, solo di pertengahan lagu yang ala-ala irama padang pasir amat mengujakan, sehingga rasa seperti mahu menari, kerana memang, aku akan menari sorang-sorang kalau dengar lagu tersebut, tapi malulahh…hahahaha..memang feel, cer tengok Karl seperti di bawah, sangat-sangat menghayati lagu!

Miji pula, ketukan drumnya sangat-sangat padu, sehingga sampai patah drum sticknya, kedua-dua belah! Dan beliau juga sangat ramah, and funny too!





Sam, yang baru balik dari kerja (aku balik lagi awal dari boss…ahaha) , terus menuju ke H Studio, sambil berpakaian lengkap kemeja dan khakis, tiada masalah untuk menyanyikan lagu-lagu yang bakal dipersembah kan hari ini, aksi-aksi di bawah ini adalah secebis dari aksi-aksi ganas beliau nanti, ooh yeahhhh!!!



Ermmm, aku dah lapaq gila dah ni, perlu sarap dan bergerak awal, so aku lampirkan beberapa lagi aksi-aksi yang dapat dirakamkan. Semoga anda dapat menghayati lagu-lagu Cromok sambil layan gambar-gambar yang tak seberapa dari kami berdua (the cloudhunters, poyograpers terkenal!!!!) dan marilah datang beramai-ramai memenuhi KL LIVE di Jalan Sultan Ismail, insyaALLAH anda juga dapat menyaksikan Langsuyr, Nuclear Strikes dan Metalasia beraksi sebagai opening band. Namun, industri muzik Malaysia baru sahaja dikhabarkan berita sedih, frontman, King Shah@Raja Shahrul Shawal baru sahaja kehilangan anak perempuannya akibat leukimia, pada minggu lepas, setelah struggle untuk sekian lama, tetapi Metalasia tetap akan beraksi, marilah kita datang memberi sokongan dan sama-sama kita mendoakan roh adik Kamilia, dicucuri rahmat dan tenang di sana, amat kagum dengan King Shah kerana tenang menghadapi ujian dari-Nya, sabar ya
Yours Trully,
Mohamed Zizo





















































